Saya yakin, ramai blogger yang dah tahu cara nak tukar template blogspot nih. Tetapi bagi sesiapa yang masih baru seperti saya blogger copynpaste ni dalam berblog , tentu masih belum mengetahui cara nak tukar template nih. Ok, tak susah sebenarnya nak menukar template nih. Dibawah ni saya senaraikan cara-cara bagaimana nak menukar template. Baca betul-betul ya...
1. Download template yang kamu suka dari mana-mana web template yang kamu berkenan. Pastikan template yang di'download, berformat 'XML Document'.
Contoh web blog template;
BloggerStyles
Teratak Muncet
BloggerBlogTemplate
2. Login Blogspot, masuk ke ruangan 'Layout', dan masuk ke bahagian 'Edit HTML'.
Kamu akan berada di ruangan 'Edit HTML' seperti gambar dibawah.
Ini contoh dari blog resepi saya, 'Budak Muar Resepi'.
3. Ok, apa yang perlu kamu buat sekarang nih,
A. Backup blog kamu. Klik pada 'Download Full Template' seperti ditunjukkan pada gambar diatas. Save dalam PC kamu.
B. Klik 'Browse...', dan masukkan file template yang sudah kamu download di web blog template tadi.
C. Klik 'Upload' untuk upload template.
4. Selepas upload template, kamu akan lihat mesej 'Widgets are about to be deleted' seperti gambar dibawah. JANGAN SAVE TEMPLATE lagi.
Disini, saya ingin memgingatkan sekiranya blog kamu mempunyai sebarang widget, sila BACKUP widget kamu. Jika tidak, ianya akan hilang selepas kamu menekan butang 'SAVE TEMPLATE'.
Bagaimana Mahu Backup Widget?
Caranya begini;
5. Klik pada 'Layout' semula. Kamu akan lihat mesej yang keluar seperti gambar dibawah. Klik 'OK'.
sumber
|
|
| MASUKKAN TOMBOL TWEET DISINI |
|



0 ulasan:
Catat Ulasan