Cara #1: Pengiklanan di Facebook
Cara buat duit dengan facebook yang pertama ialah dengan memasarkan produk anda atau produk usahawan lain di ruangan iklan facebook. Penerangan lanjut berkenaan dengan teknik pertama buat duit dengan facebook ini boleh diperolehi dalam ebook percuma yang saya sertakan di bawah. Panduan ini secara terasnya menerangkan bagaimana anda boleh buat duit dengan hanya menyertai program affiliate di internet, kemudian memasarkan produk tersebut di facebook.
Cara #2: Memajukan Aplikasi Di Facebook
Bagi cara yang kedua pula, anda boleh buat duit dengan facebook melalui pembinaan aplikasi. Ia mungkin merupakan satu sumber pendapatan secara tidak langsung. Caranya ialah melalui kontrak yang diikat dengan pihak ketiga.
Pada saya, mungkin cara ini belum lagi popular dikalangan rakyat Malaysia. Namun, untuk beberapa tahun yang akan datang, tidak mustahil akan lahir developers yang akan memajukan aplikasi untuk rakyat Malaysia pula.
Cara #3: Menjual Produk Sendiri
Anda boleh menjual produk yang telah anda hasilkan, di facebook. Produk yang anda jual boleh jadi produk digital atau produk fizikal. Sebagai contoh, anda boleh menjual buku-buku terpakai kepada rakan anda di facebook. Aplikasi yang boleh digunakan bagi menjalankan proses jual beli buku-buku terpakai ini adalah CampusBooks.
Cara #4: Micro-Payment
Anda boleh menjual sebarang servis anda di facebook kemudiannya menerima wang dengan menggunakan aplikasi micropayment seperti Paypal. Servis yang saya maksudkan di sini adalah aplikasi yang telah anda bina untuk dimuatkan di facebook.
Aplikasi yang boleh anda jual bergantung kepada fungsi, saiz dan prospek yang akan menggunakannya. Sebagai contoh, aplikasi yang menawarkan ebook premium yang memerlukan pendaftaran keahlian sebanyak RM 2 sebulan.
Secara tuntasnya, kebanyakan daripada cara buat duit dengan facebook di atas belum lagi popular di kalangan usahawan internet tempatan. Sekiranya anda mampu untuk melakukan sedikit kajian dan menjadi antara mereka yang terawal meneroka arena ini di Malaysia, berkemungkinan besar anda mampu untuk menjana pendapatan yang lumayan dengan facebook. Semoga berjaya!
|
|
NAMA ANDA
| MASUKKAN TOMBOL TWEET DISINI |
|




0 ulasan:
Catat Ulasan