;

Recent Posts

23 November 2011

Cara Mudah Artikel Terbaru di index Oleh Google

23 November 2011


Bagi seorang blogger, sudah semestinya kita mahu setiap artikel terbaru yang kita masukkan didalam blog kita lebih cepat di index oleh google bukan?
Saya yakin anda semua mahu yang cepat dan mudah. Disini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya bagaimana saya mencari jalan mudah supaya semua artikel terbaru saya lebih mudah dan cepat di index.
Disini saya fokus kepada 1 tips sahaja dimana bagi saya cara ini sangat berkesan dan lebih kekal berbanding cara lain. Teknik yang saya maksudkan adalah dengan meninggalkan komen di blog yang menggunakan plugin / kemudahan “comluv“.
Sebagai contoh di blog rtikel.com ini, plugin comluv sudah dipasang dan setiap kali anda memberi komen, jangan lupa untuk mengisi nama, email dan URL website, dan akhir sekali “tick” pada kotak comluv supaya URL artikel terbaru anda akan terpapar sekali di akhir komen anda.


Cuba anda bayangkan jika blog yang anda komen tersebut mempunyai traffik yang tinggi dan juga blog tersebut popular di search engine. Sudah pasti link anda yang berada di bahagian komen juga turut popular.
Cara ini boleh dikatakan sebagai batu loncatan bagi blog baru seperti blog rtikel.com ini. Saya mempraktikkan cara ini selama beberapa minggu dan keputusannya anda boleh lihat sendiri pada hari ini. Blog rtikel.com lebih mudah dicari di search engine walaupun baru berusia hampir 3 bulan.
Didalam penggunaan teknik ini, saya ingin menekankan jika anda mahu meninggalkan komen di blog berkenaan, silalah tinggalkan komen yang bernas dan juga berkaitan dengan tajuk artikel berkenaan. Janganlah anda hentam komen seperti ” nice info..” “thanks..” komen yang terlalu pendek atau sekadar mahu meninggalkan URL blog semata-mata.
Teknik ini juga lebih berkesan jika anda meninggalkan URL artikel blog anda di blog yang bercerita mengenai topik yang sama. Sebagai contoh anda bercerita mengenai ” dapat trafik yang banyak“.
Anda boleh mencari di google dengan menggunakan keyword ini “ ‘s last blog .. dapat trafik yang banyak ” lihat screen shot yang saya ambil ini :


Hasil Carian
Hasil carian google yang tersenarai itu merupakan diantara blog yang menggunakan keyword “dapat trafik yang banyak” dan blog tersebut menggunakan plugin comluv. Jadi anda  pergi ke blog mereka dan tinggalkan komen supaya artikel terbaru anda juga lebih mudah di index oleh google nanti.
Semasa anda mencari blog yang menggunakan comluv plugin, pastikan didalam setiap keyword yang anda cari, anda masukkan ” ‘s last blog .. ” kerana didalam setting default plugin comluv ada perkataan ini dan ramai blogger yang menggunakan plugin comluv yang tidak menukar perkataan tersebut.
Itu sahaja sedikit sebanyak tips daripada saya. Saya juga sedang belajar untuk meningkatkan lagi trafik dan kualiti setiap artikel di blog ini. Diharapkan jika ada sebarang komen dan cadangan, bolehlah anda kongsikan bersama saya.
Selamat mencuba..
Sumber:http://www.rtikel.com/

Ketahui Bagaimana Suri Rumah menambah pendaptan http://globalinvestments.stiforpmy.com/

NAMA ANDA - Rabu, November 23, 2011
MASUKKAN TOMBOL TWEET DISINI

0 ulasan:

Catat Ulasan