
Salam semua, submit blog ke enjin pencarian seperti Google, Yahoo dan Msn (bing) adalah salah satu langkah bagi meningkatkan trafik di blog korang. Mungkin ramai di antara blogger sudah submit blog mereka di enjin pencarian dan ade juga sebaliknya. Sebagai seorang blogger pastinya memerlukan trafik untuk blog mereka. Tak kira trafik dari sumber mana pon kan. So, untuk memudahkan korang untuk mendapat trafik yang lebih konsisten dari enjin pencarian. Cara ini amatlah berkesan bergantung kepada post/entry korang di dalam blog. Di sini, terdapat cara-cara mudah untuk submit blog korang di tiga enjin pencarian yang popular antaranya :
Yahoo


Merupakan salah satu enjin pencarian utama selain Google dan Msn (Bing). Menghantar sitemap ke enjin carian adalah satu langkah penting setelah adanya blog/website dan ia amat berguna sekali sekiranya korang benar-benar mahukan blog/website korang diindek di dalam Yahoo.
Korang boleh menghantar blog korang dan feed blog korang di sini. Tapi sebelum tu, pastikan korang mempunyai akaun Yahoo yer. Hehe. Untuk menghantar blog/website, korang klik pada “Submit a Website or Webpage” dan untuk menghantar feed blog/website, Klik pada “Submit Site Feed”.

Google

Google adalah market leader dalam pencarian sesuatu yang merupakan sumber utama dan banyak digunakan untuk menarik seberapa banyak trafik ke blog/website. Ia merupakan salah satu enjin pencarian utama dan paling popular di Malaysia. Menghantar sitemap ke Google juga adalah penting untuk mempercepatkan segala entry atau post diindeks oleh Google.
Terdapat 2 cara untuk Submit Blog/Website ke Google iaitu :
1. Korang hanya perlukan masukkan URL blog di Add your URL to Google
2. Selain itu, korang boleh juga menghantar blog/website korang di Google Webmaster Tool. Ini adalah langkah-langkah cepat dan mudah untuk menghantar blog/website ke Google Webmaster :
- Klik Google Webmaster Tool.
- Klik “Add a Site” dan masuk URL blog/website korang di situ dan kemudian Klik “Continue”
- Selepas itu, korang perlu “Verify” blog/website korang dengan meletakkan meta tag di antara <head> dan <body> dari template korang. Bagi pengguna WordPress, korang hanya perlukan gunakan plugin All in One Webmaster untuk verify blog dengan begitu mudah.
- Klik “Verify sekiranya sudah meletakkan meta tag dalam blog. Huhu.
Bing (MSN)

Selain itu, korang boleh hantarkan URL blog/website korang di Bing (MSN). Bing juga merupakan enjin pencarian yang popular dan banyak menyumbang trafik ke blog. Cara untuk menghantar URL blog korang adalah mudah. Korang hanya perlu “Submit your site to Bing”. Hehe.
Anip : Tamat sudah cara mudah nak submit blog/website dekat google, yahoo dan bing. Harap-harap korang semua faham lah yer. Heheh. Adalah menarik kalau kita mendapat trafik dari enjin pencarian. Iye tak? Tak payah susah nak berblogwalking sana sini dan dapat menjimatkan masa korang. Ini yang dinamakan trafik konsisten kan? So, kalau nak buat entry tu, pastikan entry tersebut laku kat enjin pencarian yer. Lain lah kalau korang ni macam Hanis Zalikha ke, Cik Epal ke. Ramai follower kot. Tak payah pening nak buat entry macam nie. So, kalau ade penambahan, tersalah ape2,pendapat ke kat entry ni boleh berkongsi yer.
Selamat mencoba...
Selamat mencoba...
|
|
NAMA ANDA
| MASUKKAN TOMBOL TWEET DISINI |
|



0 ulasan:
Catat Ulasan